Monday, August 2, 2010

setiakah dia?

aku punya teman yang banyak berkongsi dengan aku setiap masalahnya. boleh kata kalau tak ada aku dia buntulah. dunia jadi kelam. langit mendung tak berarak lagi. matahari terus lenyap tanpa ada sinar. bulan akan berhenti mengambang dan bintang akan terhenti kerlipannya. Hiperbola pula aku ni. baiklah kembali kepada fokus utama. yelah hendak dijadikan bahan gossip eh salah cerita( ada sindiran disitu ye) sahabat baik aku ni ada masalah hati. biasalah mudaa belia ni kan apa lagi masalah diaorang selain masalah cintan cintun ni?

ceritanya begini,,,,alkisah tersebutlah kisah dimana seorang puteri raja yang sudah berpunya bertemu dengan seorang putera raja yang hensem( ala2 Brad Pitt) juga sudah mempunyai buah hati.
kisahnya bermula apabila siputeri yang jelita ini bertemu dengan Putera yang hensem ini disebuah kolam berdekatan dengan rumah nek Timah. si puteri ini sedang bermuram durja. begitu sedih pilu hatinya mengenangkan kekasih hatinya yang tidak pernah hendak untuk memahami dirinya. kerana kesibukkan si puteri mentadbir negeri, siputera kekasih hatinya itu menyangka, Tuan Puteri itu tidak menyayanginya.
maka, Si Putera yang hensem ala-ala Brad Pitt tadi, dengan nada lembut membujuk.

" Wahai Tuan puteri Laksana Bulan mengambang, mengapakah tuan puteri bermuram durja? apa terlalu pahitkah hidup ini sehingga perlu diratapi?" manis lidah Tuan putera menyusun bicara

Tuan puteri hanya menangis teresak-esak.seraya bermadah,

" wahai Tuan Putera, beta sudah kehilangan cinta hati beta yang teramat beta cintai. beta tidak sanggup andai berpisah dengannya. bisa terpisah jasad dan nyawa Tuan Putera".


sebermula dari detik itu, hubungan mesra antara Tuan Putera Dan Tuan puteri semakin erat. daripada panggilan tuan berubah menjadi kakanda dan adinda. tanpa mereka sedar hubungan mereka itu terlarang! Zina namanya! mereka sering memadu kasih. kadang menghantar surat dengan burung merpati. mereka meraih kebahagiaan yang mereka inginkan. mereka sudah asyik dalam canda dan cinta. kasih sudah berubah sayang. sayang sudah membenih cinta. Tuan puteri semakin lupa pada kekasih lamanya sehingga sanggup untuk berpisah dek kerana cintanya pada sang Putera tadi. begitu juga dengan Tuan Putera itu, dirinya seakan-akan lupa pada seorang gadis yang begitu setia menanti dirinya. seorang wanita yang begitu dalam cintanya terhadap dirinya. namun si putera ini bukan memandang pada kesetiaan wanita itu( kesian) dirinya lebih terkawal oleh hawa nafsu. dirinya tidak mahu melepaskan kedua-duanya. namun yang benar-benar terluka adalah wanita yang setia ini. dahulunya sumaph janji setia yang dicanangkan oleh sang Putera sebelum memiliki hatinya. tetapi setelah dapat apa yang dihajati, sepah tidak lagi berguna. dibuang jauh kedasar laut antartika.


namun, tersedar jua akhirnya sang puteri, mungkin kerna naluri wanita yang memahami wanita lain. dirinya sedar, dirinya yang kedua bukan yang pertama. namun hatinya sudah terlalu jauh menyelam kedasar hati sang putera. kekasih lamanya pula sudah bisa memahami dirinya. si puteri tahu, mungkin kerna kesibukkan dengan urusan pentadbiran sang kekasih hatinya merasa diri disisihkan. namun siputeri sedar hatinya masih milik kekasih lamanya. namun dirinya juga tidak bisa menipu, hatinya masih ada secebis cinta buat siputera.

siputera pula, semakin hilang sayangnya terhadap gadis setia itu, semakin jauh hatinya meninggalkan gadis setia itu, hatinya benar-benar sudah dicuri oleh sang puteri...

apakan daya siputeri memilih kekasih lamanya meskipun hatinya terluka.

siputera pula seakan terus mengharap

dan si gadis yang nyata setia terus menanti putera impiannya tiba dengan kuda yang gagah dan berharap agar kebahagiaan menjadi miliknya



maka pililhlah untuk setia. kerana curang itu pastinya akan melukai terlalu banyak hati dan mengundang pedih. jadi sama-sama kita renungkan setiakah dia?



tu lah dia kisah kawan aku...cuba anda teka dia yang mana?
a) siputera raja
b) kekasih hati
c) siputeri raja
d) si gadis setia...

tetapi sahihnya dia bukan gadis setia itu.....


sip

No comments:

Post a Comment