Friday, August 6, 2010

hari ini aku tersedar sesuatu, menuntut ilmu itu, bukan perlukan baju yang meletup-letup untuk pergi kelas. hari ini aku dan kawan aku, berkongsi satu pengalaman yang tak pernah aku lakukan dalam hidup aku, iaitu tak tidur, tak mandi, and tak tuuttt!!!!!!!...memang terasa sangat pelik lagi dahsyat. namun inilah pengalaman pertama aku berkeadaan begini. tapi tak adalah teruk sangat still look nice sebab, malam tadi tak berpeluh duduk dalam air-cond aje...so minyak wangi malam tadi masih melekat kat baju aku. jadi aku tak ada kaitan dengan bau busuk dalam kuliah hari ini( kalau ada bau busuk itu bukan aku)
dengan hari yang aku rasa sangat terrible, aku masuk kelas lebih lewat daripada yang luar biasa! jam 825 pagi aku masuk kelas. sewaktu berjalan naik tangga terasa macam nak merangkak sebab kaki aku berat gila nak naik..takut dengan DR Normaliza. cuwak yang dahsyat semakin mengegar dunia aku. aku takut! tapi yang paling penting and utama aku terasa sangat bersalah dengan Dr.Normaliza. kalau tadi dia tak maafkan aku dan semua ahli kumpulan aku yang tumpang sekaki lambat masuk kelas akibat penangan dokumentari malam tadi, aku rasa terkeluar airmata aku.. sebab tengok muka and wajah Dr tadi nampak kekecewaan disudut wajahnya. dalam diam aku merasa kesal dan bersalah tak tahu kenapa. ibaratnya kami semua telah gagal dalam peperiksaan dan ibu berasa sungguh kecewa sehingga tak terluah dek kata-kata.
masuk aje kelas dah kena berdiri dihadapan kelas..dalam ketakutan tu sempat aku mengenang kembali lembaran kenangan sewaktu darjah dua dulu, berdiri dihadapan kelas jika lambat datang. dan kenangan itu aku rasai disini hari ini. dalam hati tersenyum.

terima kasih Dr Normaliza..maaf sangat-sangat sebab datang sangat lambat...

No comments:

Post a Comment