Monday, August 2, 2010

Rindu bila malam menjelma

malam itu sungguh tenang damai. sepi tanpa ada hinggar. bungkam namun masih ada yang bernyawa. seperti malam biasa, zati menghadap laptop kesayangannya. menaip. entah online ataupun menyiapkan asignment. Aku malas nak ambil tahu hal orang baik aku buat hal aku.

sesekali mata zati merenung tajam ke arah aku seperti inginkan kepastian. "mana? lambatlah dia ni." keluh zati. " sabarlah, ko nih pun macam tak biasa dengan time dia. malam sikit baru dia datang." aku cuba memujuk walaupun berbunyi agak marah.

sejujurnya mata aku mengantuk, badan aku bertambah lemah, aku sudah tidak larat menanti, begitu juga zati. kelihatan raut wajahnya semakin bosan menunggu dan ada garis-garis putus asa untuk menanti. seperti biasa kami berdua terpaksa menunggu insan yang banyak tolong kami. dia yang belikan kami makanan. yelah malas punya pasal nak turun cafe. jadinya kami tidak bisa mengeluh.

tuk! tuk! tuk! huh! segar mata aku....." itu pasti Rindu" detik hati ku.... kubuka pintu.... " hey! Rindu, ya ampun . ko tau tak aku dengan zati dah menunggu dari petang lagi tau tak... lama lah... lapar dah aku ni.." keluh ku.


"ko ni kan tak pernah datang siang hari tau... bila malam menjelma baru kau ada. hey Rindu, Rindu." sahut zati


Rindu dengan wajah yang tak bersalah hanya tersengih....memang dia sentiasa menjelma kat bilik kiteorang waktu malam je...heheh,,,tu yang kami namakan dia, Rindu bila malam menjelma.



(jangan pandang sesuatu itu hanya luaran sahaja. samalah dengan fitnah atau gossip, jangan baca tagline aje dah terus kecoh...padahal dalam ataupun isinya cerita pasal benda lain, samalah macam cerita ni. Rindu bila malam menjelma.)

No comments:

Post a Comment