Monday, August 2, 2010

cerita cinta

cinta ni seorang kanak-kanak perempuan yang membesar dalam kalangan orang berada dan berusia 10 tahun. pada suatu hari, dia bersama ibunya pergi shopping. tanpa diduga Cinta telah tersesat. Dia telah jauh meninggalkan ibunya dalam shopping kompleks tersebut. ketika itu, ibunya sedang memilih-milih baju di sebuah butik.

hendak dijadikan cerita, si Cinta ini telah bertemu dengan Ruben. seorang kanak-kanak miskin yang hanya berkerja membantu neneknya disebuah kedai makan sebagai tukang cuci. Ruben membantu neneknya mencuci pinggan mangkuk dek kerana keadaan neneknya yang semakin uzur dan tua.

kemudian, Ruben dan neneknya membawa Cinta ke rumah mereka. rumah itu bukan seperti sebuah rumah tetapi seperti sebuah pondok usang yang kecil dan usang. mulanya, Cinta kurang selesa namun lama-kelamaan dia semakin tidak kisah akan kotoran-kotoran itu. kebetulan malam itu hujan turun dengan lebat sekali. seperti biasa rumah yang daif sperti itu mengalami kebocoran atap. maka malam itu Cinta tidur dalam kebasahan.

selama seminggu Cinta hilang, dia masih belum dijumpai. dia dengan rela hati membantu Ruben dan neneknya disebuah gerai makan berhampiran. begitulah kehidpan hariannya selama seminggu. kais pagi makan pagi. kais petang makan petang.

pada suatu malam selepas selesai nenek mengajar Ruben mengaji Al-Quran, Cinta bertanya dengan lembut. " nek, yang tadi tu nenek baca apa? Cinta tak fahamlah nek," kata Cinta

lembut nenek berkata" itu namanya mengaji Al-Quran. itulah bekalan kita di akhirat nanti. Allah sayang pada hambanya yang sentiasa mengamalkan suruhannya. kita hidup didunia ni, biar kaya dengan harta akhirat. kerana harta yang ada didunia ini tidak akan dapat dibawa kemana-mana. hanya harta akhirat yang akan dibawa," dahi Cinta semakin berkerut. " harta Akhirat tu apa nek?" tanyanya polos.. si nenek tersenyum..." harta akhirat itu, agama, sembahyang, amal soleh dan setiap perbuatan baik yang kita lakukan didunia ini cu. barulah kita dapat cium bau syurga" Cinta mengangguk. tanda faham.

keesokkan harinya, ibu Cinta terjumpa Cinta dikedai tempat nenek itu berkerja. hanya airmata dan pelukan sahaja yang menandakan kesyukuran dalam jiwa Ibunya. " Cinta, cinta buat mummy risau. mummy rindu Cinta. mari kita pulang. daddy dah tunggu kat rumah tu", lembut suara ibunya.


" Cinta tak nak balik, Cinta nak duduk dengan nenek. Cinta nak kumpul harta akhirat. Cinta nak cium bau syurga. Cinta tak nak balik", desah Cinta. ibunya terkesima dan terkedu mendengar penyataan anaknya. jauh disudut hatinya tersedar dia hanya mengumpul harta dunia selama hidupnya, namun harta akhiratnya tiada bernilai. kini barulah dia tersedar betapa fakirnya dirinya diatas muka bumi Allah ini.

nenek tua hanya tersenyum dan memandang wajah ibu Cinta yang penuh keinsafan.




maka harus di ingat kita hendaklah membekalkan diri dengan harta akhirat kerana harta itu nilainya tiada tolok bandingnya...


No comments:

Post a Comment