Monday, August 2, 2010

antara sahabat dan cinta

terkedu syah mendengar pengakuan daripada Farid yang katanya dia sudah berpunya." aku nak jumpa awek aku jap" entah kenapa syah begitu gelisah sedangkan itu yang diingininya selama ini, iaitu Farid kembali seperti dulu, bersemangat dan melupakan cinta lamanya. perempuan yang dicintainya dahulu bagi syah langsung tidak sesuai untuk dirinya. kerana apa? kerana perempuan itu sudah banyak kali membuat Farid menangis. dan yang melihat semua itu adalah Syah. pelik, meskipun Syah tidak pernah kenal perempuan itu tetapi terdetik rasa benci pada kekasih lama sahabat baiknya. dialah yang banyak menjadi tulang belakang Farid, dia yang banyak membantu Farid, beri sokongan untuk Farid terus hidup....sudah terlalu banyak pengorbanan yang dilaluinya demi Farid,..sehingga Farid menjadi seorang lelaki yang kuat dan tegar semula. tetapi entah mengapa, bila dia tahu Farid sudah berpunya wujud satu perasaan cemburu dalam dirinya. bukan cemburukan Farid..tapi cemburukan wanita yang berjaya mencuri hati sahabatnya. entah..dia sendiri kurang arif kenapa sikap dan perasaan itu tiba-tiba wujud. dia sudah terlalu menyayangi Farid dan tidak mampu kehilangan sahabat baiknya itu. mungkin Syah hanya bimbang kalau-kalau Farid tidak mampu untuk memilih antara sahabat dan cinta. jika Farid memilih cinta dia pasti hatinya akan terluka yang amat sangat kerana mungkin Farid akan diibaratkan sebagai, kacang lupakan kulit. Namun Syah cuba melawan prasangka, dia yakin antara sahabat dan cinta Farid akan memilih dirinya. namun dia tidak bisa menipu nuraninya sendiri. dia masih meragui persahabatan mereka.. lalu dia cuba membuat konklusi dan mengambil keputusan untuk terus menjauh dan mungkin tugasnya untuk menjaga Farid sudah tamat dan sudah ada pengganti baru yang lebih layak untuk menjaga Farid. dan antara sahabat dan cinta baginya dalam bersahabat itu adanya cinta dan dalam cinta itu wujudnya persahabatan....

||bersahabatlah atas dasar cinta, dan bercintalah atas dasar persahabatan||

No comments:

Post a Comment