Monday, March 12, 2012

Dalam Bungkam Ku Tiupan Kedamaian Yang Diam

terfikir sejenak,...kadang2 lebih bermakna utk kita terus diam dan cuba utk mematikan semua rasa yang kita miliki. cuba untuk menjadi "selfish" dengan diri sendiri. mungkin penat kot? atau mungkin sudah lali atau bosan dengan rasa2 yang ak sendiri ciptakan. tiada siapa yg perlu aku salahkan..kerana tiada siapa yang bersalah..dan tiada maaf yg harus ku pinta dan kuberi kerana tiada kesilapan yg berlaku. mungkin suatu saat nanti bila tiba ketikanya kita pasti akan bertemu lagi...tapi saat itu aku mungkin sudah punya kekuatan dan kekebalan yang luar biasa....biarlah ak mengasingkan sekujur rasa ini sebentar...moga pengertian kalian yg ak dambakan teraih tanpa ada suara sumbang yang akan menodai permintaan murni itu..bukan pergi tanpa bicara tapi biarlah semuanya berlaku dalam kesenyapan walaupun kesenyapan itu benar2 membunuh hati dan jiwa aku tapi kalau jalan kesenyapan yng sunyi itu saja laluan yang afdal..aku rela melangkah dengan kaki yang sudah lama lumpuh.kalaupun aku harus mengemudi sampan kehidupan aku dalam lautan airmata yang deras ombaknya aku redha..tapi ingat jauh tersemat dilubuk kenangan kalian sentiasa ada..dalam kamar hati ini..andai benar kalian merindui aku..percaya saja pada angin yang berhembus..saat ia berhembus meniupkan kelembutannya di hujung rambutmu..aku ingin kau tahu..setiap kali angin berhembus dan kau merasainya..itulah nafasku yang sentiasa ada bersamamu..kerana selagi berhembusnya nafas dalam aliran kehidupanku..bererti kalian masih aku ingati.....

Sunday, April 10, 2011

kehilangan

hari ini ak akan berbicara tentang kehilangan yang ak alami sampai hari ini....biasalah lumrah kehidupan manusia itu akan kehilangan bnyk benda dan ak sendiri tidak terkecuali...bukan ak hendak meratapi semua itu tapi ak hanya ingin meluahkn rasa itu...dlm sekelip mata ak hilang semua banyak bende yg ak sayang..pernah ak terbaca satu quote"bende yg disayangi xkn kekal lama"..dulu ak anggap itu hanya kiasan kata2..tapi ayat itu merempuh batang hidung ak sendiri...
pernah ak tanya kenapa ak yg harus lalui semua ini,,,tanpa ak sedar ramai lagi yg kurang bernasib baik diluar sana..apalah sgt derita yg ak rsa berbanding mereka yg terlalu dahsyat malapetaka yg dialami..jd ak memilih utk diam dan bersyukur kehadrat Illahi..mungkin Allah nk tunjuk kuasanya adalah terlalu besar dn betpa diri ini terlalu fakir dimuka bumi-Nya. Ya Allah siapalah ak untuk meratapi takdir yg sudah kau abadikn untuk aku..ak harus redha...
kehilangan bermula apabila menjelang bulan disember 2010..ak dikejutkn dgn pemergian nenek tercinta...dia pergi tanpa pesan untuk aku, dia pergi tanpa sempat ak cium dahinya, dia pergi tanpa sempat ak pandang n tatap wajahnya buat kali terakhir...ak berdoa saat itu agar ak dpt kembali ke tanah lahir tercinta di bumi kenyalang, tapi kecewa..ak meratapi pemergian nenek ku didalam bilik bersendirian..perginya tanpa ak lihat jenazahnya...ketika itu ak menyalahi takdir knp x membenarkan aku melihat jenazahnya buat kali terakhir meski hanya sekejap..tapi ak sedar semua yg ak lalui itu ada hikmahnya..ak perlu redhai pemergian Nenek ku..ak bersyukur ketika ak dlm kepedihan..aku ada teman yg masih berada disisi aku..budak2 boria sekalian ketika ak hampir rebah kamu semua menyambut ak dgn pelukkan semangat..dan jujur ak kuat kerana kamu semua...disaat2 ak perlukan keluarga kamu semua yg mulanya asing orng asing bertukar peranan menjadi keluargaku...terima kasih...
dan kehilangan seterusnya ak lalui dengan redha..apabila ak mengambil keputusan untuk terus mnjauhi seorang teman rapat yg plg ak sayangi..ak pergi bukan sebab ak membenci kau..tapi sbb ak terlalu menyanyangi kau dn ak khuatiri ak akan membenci engkau sepenuh hati...ak xperlu bercerita panjang tentang apa yg terjadi antara kami...itu biarlah ak dn dia saja yg mengetahuinya..tp ak terkilan dgn sikap kau..sbb aku menipu ak dn kau xpernah hargai aku..tp xpe..skng ak redhai semua tu...
kehilangan demi kehilangan yg aku alami...mulanya ak tersa ak mampu harungi..tp ak kehilangan seorang adik angkat yg ak sygi juga..ak dh anggp kau mcm adik ak sndr ak syg kau spnuh hati aku...jaga kau..bg apa yg perlu...tp ak terkilan n berkecil hati atas sikap kau..tp bila ak fikir balik itu silap orng yg ketiga yg mendengki aku..sbb tu dia saja2 mnyakiti aku..n mungkin kerana ak dh bosan dgn sikap manusia yg hanya tau amik kesempatan pd aku ak trs menghukum kau...sdgkn itu bukan slh kau..tp semuanya dh terjadi kan...xdpt nk undur balik masa itu..dn sekarang kita spt orng asing dirumah sndr... mungkin itu yg terbaik buat kita..saling x mngenali n saling x ambil tau..ak hanya menunggu satu kata2 drpd mulut kau iaitu MAAFKN ADIK BUAT ABG MACAM TU..tp ternyta kita sama2 ego..ak sndr pon xnk minta maaf n cuba berbaik...tp xpe..ak redhai...
Dan kehilangan2 ini bukanlah sesuatu yg besar dlm hidup aku...ak masih perlu bernafas...mungkin hikmah yg Allah nk tunjukkan ialah Allah tak nk ak menangs lagi...ALLAH xbg ak balik time nenek ak meninggal sbb Dia xnk ak menangsi pemergian sedih tu.. ALLAH pisahkn ak dgn kawan baik aku sbb Dia xnk ak bersedih n terus menerus membenci..dan Allah putuskn hbgn ak dgn adik angkat ak sbb Dia xingin ak membenci adik angkat ku sndr dn bg ak sdr mana silapnya...ak seharusnya bersyukur kerana setiap kehilangn itu ada hikamh yg tersembunyi n tersirat...maybe dulu ak pon melihat yg tersurat sahaja..tapi bila ak renungi dgn rinci ak sedar semuanya ada kebaikan..dalam pahit itu masih terselit kemanisan! dan dalam airmata itu ada senyum riang yg terukir...TERIMA Kasih YA ALLAH....kerana menduga aku dgn ujian2MU...

Friday, November 12, 2010

LAGU NI..UTK BELIAU...YANG BERNAMA..A

...Lirik Hanyut – Faizal Tahir
Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Ulang Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja


Friday, October 29, 2010

DIA

Rindu mengajar aku makna sebenar persahabatan...sejujurnya aku merindui dirinya..dia sahabat dan teman yang paling aku sayangi. Alangkah indahnya andai aku bisa memutar kembali waktu, alangkah bahagianya andai aku bisa mencuci kembali noda yang aku cemarkan dalam persahabatan kami, alangkah indahnya andai rasa itu hanya sekadar rasa. kerana hadirnya rasa itu, kami terpisah jauh. kerana rasa itu juga kami sering bertikam lidah x semena.
aku akui kesilapan dari diriku..aku tidak sempurna! aku akui aku salah! aku akui aku terlalu egois.aku pentingkan diri sendiri sehingga membiarkan perasaan itu mengawal segala tingkah dan lakuku! aku biarkan kepedihan itu menguasai akal warasku sehingga aku sanggup bertindak diluar kawalan ku...
kami tidak pernah hipokrit didepan masing-masing..didepan aku itulah dirinya. didepan dia itulah diriku...kami saling mengenali antara satu sama lain..orang lain tak tahu sikap sebenar kami..aku tahu dalam kemarahannya terselit juga rasa kasih terhadap diriku. aku akui dia sangat menyayangi aku..dia sangat jujur padaku..aku akui dia manja dengan ku..dan aku akui tiada siapa yang bisa menjadi lebih baik dari dia.
tapi kini aku hanya bisa melihat dia dari kejauhan, menyanyangi dia dari jauh, mencintai dia dari jauh, memeluk bebayangnya setiap malam, mendoakan kebahagiaannya dari kejauhan dan apa yang paling sakit adalah melihat kesengsaraannya dari kejauhan tanpa bisa aku bantu, tanpa bisa aku dekati..mesti dia terkapai2 memerlukan pertolongan aku, aku tidak bisa memberikannya lagi..
sudah terlalu banyak pengorbanan yang aku beri kepadanya, namun dia tidak pernah nampaak bahawa akulaah insan yang sentiasa ada demi dia, aku sentiasa ada saat dia perlukan aku, aku yang menyambut tanganya saat dia terjatuh, aku yang pegang bahunya saat dia benar2 lemah dan lesu..aku berada dalam setiap tangisannya...akulah yang menyapu semua kepedihannya.........tapi.......itu tiada apa2 baginya..dimanakah harga pengorbanan aku selama ini..bukan aku mengukur nilai pengorbananku tetapi aku manusia biasa yang punya perasaan..aku manusia lemah yang ingin rasa disayangi walaupun hanya sekelumit kasih dari dirinya aku ingin benar merasai cinta itu namun mengapa dia tidak memberi peluang dan ruang kepada aku....
wahai sahabat aku hanya ingin kau tahu betapa aku menyayangi dirimu.........walaupun segalanya aku lakukan dari kejauhan namun aku ingin kau mengerti segalanya ikhlas.....semoga bahagia akan terus mekar disisimu sahabat!

BERIKAN AKU YANG PASTI

sajak ni aku tulis saat2 hati aku terkenang pada insan yang pernah rapat dengan aku

BERIKAN AKU YANG PASTI


JIKA INI HANYA RASA

BUKTIKAN YANG NYATA

JIKA INI CUMA NAFSU

TUNJUKKAN AKU YANG SATU

JIKA INI HANYA SANDARAN

BERIKAN AKU KEBENARAN

DAN JIKA INI SEKADAR GURAUAN

HENTIKAN AKU DARI LAMUNAN

AKU TIDAK MAMPU LAGI TERLUKA

TIDAK DAYA MENAHAN DUKA

TAK KUASA MERASA SIKSA

TAK BISA BERTOPENG SUKA

AKU HANYA INGIN YANG BENAR

AKU HANYA MAHU YANG SAHIH

KERANA BERABAD MENANTI PASTI

RANAP SUDAH SEMANGAT PADU

BERIKANLAH AKU YANG PASTI

SEBELUM JASAD DITELAN BUMI

MAYA

secara jujurnya aku mula-mula sangat membenci subjek sastera dalam multimedia, kerana bagi aku ianya sangat leceh, banyak bende yang kena buat, buat itulah, inilah...tetapi bila semakin lama aku hadir ke kelas dan melakukan banyak aktiviti secara praktikal aku dapat merasai ada satu kenikmatan dan kepuasan disitu. dulu mungkin aku agak buta pasal teknologi-teknologi ni, tapi semenjak belajar sastera multimedia ni ak belajar banyak benda, contoh yang paling ketara aku dah pandi buat video, aku dah tahu jenis2 iklan yang sesuai dan yang paling jelas bagi aku ialah aku dah ada blog sendiri...secara jujurnya kalau tak ada kursus sastera multimedia ini, aku rasa takkan ada blog ni sampai bila2..sbb bg aku semua ni melecehkan aje..tapi sebenarnya bila ak sendiri dah mula blogging aku rasa seronok pulak. menulis pada monitor yang bisu..heheh..sesuai dengan tag line blog aku cerita pada monitor bisu. banyak perkara baru yang aku pelajari dari subjek ini. asas grafik, komponen multimedia, cara nak buat papan cerita...fuhh memang pening kepala kalau belajar secara teori. secara jujurnya aku sangat mengagumi Dr Normaliza, dia tahu kami semua student bahasa, jadi dia sangat faham kemampuan kami..dia tidak mengharapkan sesuatu yang sempurna seratus peratus tetapi dia hanya nak kita tahu cara dan kaedah utk menyempurkan sesuatu kerja...beliau juga mengajar ak tentang ketepatan masa..quote beliau" tepati masa sangat penting..cuba kamu bayangkan suatu hari nanti mak atau ayah kamu sakit tenat dan kamu ketika itu berada jauh cuba bayangkan jika anda lambat walau seminit pun..dan mak atau ayah anda meninggal..adakah ketika itu anda mahu memberi seribu satu alasan?"..sememangnya agak sayu tetapi bila aku nilai balik betul dan tepat apa yang diperkatakan oleh Dr itu. jadi kepada sesiapa yang merancang hendak mengambil kursus ini sem depan silakan ambil dengan hati yang tenang..kerana subjek ini sangat menyeronokkan dan anda akan mempelajari banyak benda baru mengenai multimedia..heheh..thanks DR Normaliza....