Friday, October 29, 2010

MAYA

secara jujurnya aku mula-mula sangat membenci subjek sastera dalam multimedia, kerana bagi aku ianya sangat leceh, banyak bende yang kena buat, buat itulah, inilah...tetapi bila semakin lama aku hadir ke kelas dan melakukan banyak aktiviti secara praktikal aku dapat merasai ada satu kenikmatan dan kepuasan disitu. dulu mungkin aku agak buta pasal teknologi-teknologi ni, tapi semenjak belajar sastera multimedia ni ak belajar banyak benda, contoh yang paling ketara aku dah pandi buat video, aku dah tahu jenis2 iklan yang sesuai dan yang paling jelas bagi aku ialah aku dah ada blog sendiri...secara jujurnya kalau tak ada kursus sastera multimedia ini, aku rasa takkan ada blog ni sampai bila2..sbb bg aku semua ni melecehkan aje..tapi sebenarnya bila ak sendiri dah mula blogging aku rasa seronok pulak. menulis pada monitor yang bisu..heheh..sesuai dengan tag line blog aku cerita pada monitor bisu. banyak perkara baru yang aku pelajari dari subjek ini. asas grafik, komponen multimedia, cara nak buat papan cerita...fuhh memang pening kepala kalau belajar secara teori. secara jujurnya aku sangat mengagumi Dr Normaliza, dia tahu kami semua student bahasa, jadi dia sangat faham kemampuan kami..dia tidak mengharapkan sesuatu yang sempurna seratus peratus tetapi dia hanya nak kita tahu cara dan kaedah utk menyempurkan sesuatu kerja...beliau juga mengajar ak tentang ketepatan masa..quote beliau" tepati masa sangat penting..cuba kamu bayangkan suatu hari nanti mak atau ayah kamu sakit tenat dan kamu ketika itu berada jauh cuba bayangkan jika anda lambat walau seminit pun..dan mak atau ayah anda meninggal..adakah ketika itu anda mahu memberi seribu satu alasan?"..sememangnya agak sayu tetapi bila aku nilai balik betul dan tepat apa yang diperkatakan oleh Dr itu. jadi kepada sesiapa yang merancang hendak mengambil kursus ini sem depan silakan ambil dengan hati yang tenang..kerana subjek ini sangat menyeronokkan dan anda akan mempelajari banyak benda baru mengenai multimedia..heheh..thanks DR Normaliza....

No comments:

Post a Comment