Friday, July 30, 2010

kembali dalam teka teki

11. ada dua batang jarum...cuba guna untuk menjahit tak dapat, guna untuk mengait lagilah tak mungkin..selepas itu datang seorang kakak ni, bagi tunjuk ajar, adik jarum ni untuk mengira. adik tu terpinga-pinga. kenapa kakak tu cakap macam tu ek? mana boleh guna jarum untuk mengira kan. lagipun nak kira apa?

12. dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang pemalu?

13. banyak-banyak tali tali ni pelik sikit. kadang-kadang dia boleh buat kita marah, kadang-kadang buat kita sedih, kadang-kadang buat kita bahagia, dan kadang-kadang tuh buat kita terasa macam menganggu je...pelik betullah tali nih..boleh dengan semena-menanya mempermainkan perasaan kita.

14. bila buka mengantuk dah tutup segar balik, buka balik mengantuk, tutup segar balik. pelik dan hairan melihat

15. tanam-tanam tak tumbuh, hairan, banyak dah ditanam tapi tak ada satu pun yang berjaya tumbuh dengan subur...apakah ini?
tingkah laku ini..

16. kunyah-kunyah kunyah merah..darah ke apa ni? eh bukan! tengok lagi. kunyah-kunyah makin merah. takutnya...benda apa ni?



17. makin dipotong semakin tinggi. apakah ini?

18. aku ni ada banyak warna, banyak corak, dan punya saiz yang bervariasi. aku banyak tolong manusia yang dalam kebasahan. bila mereka guna aku keringlah mereka..siapa aku?

19.selak sarung nampak bulu, selak bulu nampak biji, selak biji nampak batang. apakah aku?

20. tubuhku kempis terhempap bebanan yang berat. namun aku gagahi jua. aku perlu memberi keselesaan kepada mereka. namun bila malam menjelma barulah mereka datang mencari aku. bila tiba waktu siang mereka meninggalkan aku sedirian. siapa aku sebenarnya.

teka teki pagi-pagi

1. binatang apa yang sentiasa duduk bawah tapak tangan manusia?

2. kenapa lelaki perlu ada 3 isteri?

3. apakah benda yang bila diluar nampak kepala, bila sudah masuk kedalam pun nampak kepala?

4.sebuah kapal selam, muatannya 99 orang, suatu hari kapal itu membawa muatan sebanyak 100 orang, seorang daripadanya ibu yang sedang mengandung. apa yang pelik kenapa kapal itu tenggelam?

5. benda apakah kulitnya nipis tetapi isinya tebal?

6.
ibu dan anak bila berlaga berapi-api..apakah itu?

7. terlantar sendiri tiada berteman,penat dan lesu memamah usia, hidupnya hanya mengira detik, kadang dipandang terkadang terbiar, namun pasrah dan rela dirinya menemani mereka.meski diri umpama sandaran. namun tegar dirinya disitu.

8. kau mahu bila kau perlu, kau buang setelah puas maduku kau hisap, aku banyak berkoban untuk kau, maruah kau aku yang jaga. tetapi kenapa setelah kau pergunakan aku, kau sisihkan aku ke tepi? kau lemaskan aku ke dalam lautan yang dalam. kemudian kau campakkan aku ke tepian pantai yang panas membahang, kering lesu tubuhku. aku tertanya-tanya, adakah setelah kering dan lesu tubuhku ini, kau masih memandang aku?

9. tolak tarik,tarik tolak,tolak lagi, tarik lagi, tarik, tarik, tarik, tolak, tarik tolak tolak tarik, kembali ke tempat asal.


10. hitung congak, hitung congak, tolak tambah bahagi darab, kenapa semakin pelik nombornya? kalau ikutkan menjadi semakin kecil nilainya...tetapi kenapa nilainya semakin besar.

Wednesday, July 21, 2010

pengalaman baru

hari ini suatu perasaan yang sgt seronok...kami diberi masa selama 1 jam untuk menyiapkan cerita pendek yang berkisarkan kehidupan kanak-kanak yang berusia 7-9 tahun...best sangat-sangat..aku bersama jess, liz, ila, shafie, dan member-member seangkatan gigih menyiapkan sampai jam 12-30...dan kami berjaya...hehehhe...terima kasih Dr. Normaliza atas pengalaman yang sangat berharga ini....

sendiri

dalam kotak sepi ini
bungkam memamah rasa
duka mencanai nuraga
sepi memayungi semangat
semangat yang berkobar
semakin terhakis dek sunyi yang terlalu
aku butuh mereka
aku perlu Dia
tanpa kalian aku tak bisa bertahan
untuk terus tegar
namun aku sedari...
aku perlu berdiri sendiri
maka
bungkam ku rawat dengan alunan gembira
sepi ku ubati dengan deraian tawa
duka ku lumatkan dengan sekuntum senyum..
jadi..kaki ku bisa terus berdiri
walaupun sendiri