Friday, July 30, 2010

kembali dalam teka teki

11. ada dua batang jarum...cuba guna untuk menjahit tak dapat, guna untuk mengait lagilah tak mungkin..selepas itu datang seorang kakak ni, bagi tunjuk ajar, adik jarum ni untuk mengira. adik tu terpinga-pinga. kenapa kakak tu cakap macam tu ek? mana boleh guna jarum untuk mengira kan. lagipun nak kira apa?

12. dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang pemalu?

13. banyak-banyak tali tali ni pelik sikit. kadang-kadang dia boleh buat kita marah, kadang-kadang buat kita sedih, kadang-kadang buat kita bahagia, dan kadang-kadang tuh buat kita terasa macam menganggu je...pelik betullah tali nih..boleh dengan semena-menanya mempermainkan perasaan kita.

14. bila buka mengantuk dah tutup segar balik, buka balik mengantuk, tutup segar balik. pelik dan hairan melihat

15. tanam-tanam tak tumbuh, hairan, banyak dah ditanam tapi tak ada satu pun yang berjaya tumbuh dengan subur...apakah ini?
tingkah laku ini..

16. kunyah-kunyah kunyah merah..darah ke apa ni? eh bukan! tengok lagi. kunyah-kunyah makin merah. takutnya...benda apa ni?



17. makin dipotong semakin tinggi. apakah ini?

18. aku ni ada banyak warna, banyak corak, dan punya saiz yang bervariasi. aku banyak tolong manusia yang dalam kebasahan. bila mereka guna aku keringlah mereka..siapa aku?

19.selak sarung nampak bulu, selak bulu nampak biji, selak biji nampak batang. apakah aku?

20. tubuhku kempis terhempap bebanan yang berat. namun aku gagahi jua. aku perlu memberi keselesaan kepada mereka. namun bila malam menjelma barulah mereka datang mencari aku. bila tiba waktu siang mereka meninggalkan aku sedirian. siapa aku sebenarnya.

No comments:

Post a Comment