Friday, July 30, 2010

teka teki pagi-pagi

1. binatang apa yang sentiasa duduk bawah tapak tangan manusia?

2. kenapa lelaki perlu ada 3 isteri?

3. apakah benda yang bila diluar nampak kepala, bila sudah masuk kedalam pun nampak kepala?

4.sebuah kapal selam, muatannya 99 orang, suatu hari kapal itu membawa muatan sebanyak 100 orang, seorang daripadanya ibu yang sedang mengandung. apa yang pelik kenapa kapal itu tenggelam?

5. benda apakah kulitnya nipis tetapi isinya tebal?

6.
ibu dan anak bila berlaga berapi-api..apakah itu?

7. terlantar sendiri tiada berteman,penat dan lesu memamah usia, hidupnya hanya mengira detik, kadang dipandang terkadang terbiar, namun pasrah dan rela dirinya menemani mereka.meski diri umpama sandaran. namun tegar dirinya disitu.

8. kau mahu bila kau perlu, kau buang setelah puas maduku kau hisap, aku banyak berkoban untuk kau, maruah kau aku yang jaga. tetapi kenapa setelah kau pergunakan aku, kau sisihkan aku ke tepi? kau lemaskan aku ke dalam lautan yang dalam. kemudian kau campakkan aku ke tepian pantai yang panas membahang, kering lesu tubuhku. aku tertanya-tanya, adakah setelah kering dan lesu tubuhku ini, kau masih memandang aku?

9. tolak tarik,tarik tolak,tolak lagi, tarik lagi, tarik, tarik, tarik, tolak, tarik tolak tolak tarik, kembali ke tempat asal.


10. hitung congak, hitung congak, tolak tambah bahagi darab, kenapa semakin pelik nombornya? kalau ikutkan menjadi semakin kecil nilainya...tetapi kenapa nilainya semakin besar.

No comments:

Post a Comment