Monday, August 2, 2010

dia orang baru

pertama kali melangkah kaki mejejak kotak asing ataupun dalam ayat saintifiknya, bilik asrama ini, aku bertemu dengan insan asing yang benar-benar asing. saling tidak pernah mengenali. dia baru aku pun baru. hanya senyuman yang menjadi siratan ukhuwah persahabatan. aku dengan sengaja cuba menyibukkan diri dengan mengemas barang keperluanku. bukan sombong tetapi masih cuba hendak menyesuaikan diri dengan keadaan baru. aku lihat dia dihujung sana juga malu-malu hendak memandang aku. selesai mengemas. barulah aku beranikan kudrat untuk melontarkan mutiara pembuka bicara.

AKU: kamu orang mana?

Dia: orang Sungai Besar Selangor. kamu?

Aku: ( dengan penuh bangga) saya orang Sarawak. orang kuching.

( reaksinya selamba tidak terkejut mahupun kagum. sedangkan cara aku bercakap seolah-olah cuba menggahkan negeri asalku. biasalah setiap orang ada perasaan bangga dengan negerinya sendiri. mungkin dia juga begitu cuma nada kami berbeza)

AKU: Ni, nama siapa ye? saya zalie.

Dia: Ridhwan. panggil Wan je. ( eleh blagak nak jadi nombor satulah tu. Wan(one)}

aku senyum.

Aku: satu kos kan. kesusasteraan Melayu.

Dia: aah. baguslah satu bilik kan. senang nak study nanti.

( arghhhhhhhh!!!!!!!!! jangan sebut pasal study. aku manusia yang paling malas study)


dan petang itu berlalu begitu saja. mungkin kerana kepenatan. kami hanya bisu dan masing-masing melayan jiwa yang entah apa isinya. aku tidak dapat menduga isi hatinya. tetapi hati kecilku berbisik-bisik" hurmm...ade ke orang nak berkawan dengan aku?"




dan sekarang aku di tahun akhir pengajian. dan dia juga bergelar sahabatku. dia orang baru. baru kukenal, baru kutemu, namun ikatan persahabatan kami masih kekal. sampai ke tahun akhir pengajian.

tuntasnya, setiap orang baru yang kita jumpa pastinya akan menjadi sahabat baik kita. namun harus diingat juga, setiap orang bau yang kita jumpa boleh juga menjadi lawan yang berbisa.

1 comment: