Monday, August 9, 2010

keputusan

buat keputusan tuh biarlah bulat, jangan nak ubah-ubah.. menyusahkan orang lain tau tak.
kadang-kadang ak tak pahamlah dengan manusia ni...pelik pon ada gak..
ni yang buat aku nak meletup aje terus ni!
nanti kata aku ni terlebih emo. bukan nak terlebih emo tapi ko pikelah sendiri macam mana kalau ko di tempat aku......




bengang tol...kalau orang permainkan perkara serius

mood tgh serabut

benci



Saturday, August 7, 2010

signature baru, Dr..thanks heheheh...nice colours..aku suka hijau so pa da hal kalau warna dye aku letak hijau...nice............
merindui mereka mencintai setiap detik bersama mereka, namun terselit juga rasa rindu pada dirinya...aku semakin mencintai dirinya..kenapa rasa itu tidak berubahhhhhhhh????!!!!!!!!
bantulah hambaMu ini Ya Allah.
merindui teman baik ku
merindui adik2ku

ranapnya ego seorang aku

Hari ini aku terpaksa mengalah dengan ego aku...aku terpaksa akur dengan rasa cinta aku kepada dirinya. aku lemah dengan rayuannya. selama berhari-hari dia memujuk aku agar terus berada dalam hidupnya. aku sudah memutuskan untuk pergi jauh daripada dirinya.
bukan kerana cintanya sudah dimiliki oleh insan lain tetapi kerana aku harus menamatkan derita perit dalam nurani hati ku...aku tidak bisa menipu diri sendiri, aku tidak bisa membohong rasa..aku cemburu meski aku sedar siapalah aku untuk cemburu. dia berhak memilih. dan pilihannya aku tahu adalah yang terbaik dan tiada keraguan.
dia kata dia masih perlukan aku dan tidak mampu hidup tanpa aku!. dia kata aku kejam kerana hendak membuang dia jauh daripada hidup aku! tapi tidakkah dia memikirkan apa yang aku lalui selama ini lebih daripada kejam..?!!!!
perlu ke aku gugurkan sekali lagi airmata aku? hati aku sudah terlalu kering!

aku cintakan kau!

lega selepas aku melafaz kata-kata itu,

walaupun dia tidak mendengarnya, namun aku lega kerana aku mengaku kenyataan sebenar..

aku cuba menyangkal dengan ego, tetapi rasa itu lebih kuat daripada ego aku...

(T_T)......kenapa aku harus mengenali engkau?!!!!!






hari ini sangat sedih...terasa ingin pulang!!!!!!!!!!!!!!

Friday, August 6, 2010

hari ini aku tersedar sesuatu, menuntut ilmu itu, bukan perlukan baju yang meletup-letup untuk pergi kelas. hari ini aku dan kawan aku, berkongsi satu pengalaman yang tak pernah aku lakukan dalam hidup aku, iaitu tak tidur, tak mandi, and tak tuuttt!!!!!!!...memang terasa sangat pelik lagi dahsyat. namun inilah pengalaman pertama aku berkeadaan begini. tapi tak adalah teruk sangat still look nice sebab, malam tadi tak berpeluh duduk dalam air-cond aje...so minyak wangi malam tadi masih melekat kat baju aku. jadi aku tak ada kaitan dengan bau busuk dalam kuliah hari ini( kalau ada bau busuk itu bukan aku)
dengan hari yang aku rasa sangat terrible, aku masuk kelas lebih lewat daripada yang luar biasa! jam 825 pagi aku masuk kelas. sewaktu berjalan naik tangga terasa macam nak merangkak sebab kaki aku berat gila nak naik..takut dengan DR Normaliza. cuwak yang dahsyat semakin mengegar dunia aku. aku takut! tapi yang paling penting and utama aku terasa sangat bersalah dengan Dr.Normaliza. kalau tadi dia tak maafkan aku dan semua ahli kumpulan aku yang tumpang sekaki lambat masuk kelas akibat penangan dokumentari malam tadi, aku rasa terkeluar airmata aku.. sebab tengok muka and wajah Dr tadi nampak kekecewaan disudut wajahnya. dalam diam aku merasa kesal dan bersalah tak tahu kenapa. ibaratnya kami semua telah gagal dalam peperiksaan dan ibu berasa sungguh kecewa sehingga tak terluah dek kata-kata.
masuk aje kelas dah kena berdiri dihadapan kelas..dalam ketakutan tu sempat aku mengenang kembali lembaran kenangan sewaktu darjah dua dulu, berdiri dihadapan kelas jika lambat datang. dan kenangan itu aku rasai disini hari ini. dalam hati tersenyum.

terima kasih Dr Normaliza..maaf sangat-sangat sebab datang sangat lambat...
new post da ada signature

Monday, August 2, 2010

cerita cinta

cinta ni seorang kanak-kanak perempuan yang membesar dalam kalangan orang berada dan berusia 10 tahun. pada suatu hari, dia bersama ibunya pergi shopping. tanpa diduga Cinta telah tersesat. Dia telah jauh meninggalkan ibunya dalam shopping kompleks tersebut. ketika itu, ibunya sedang memilih-milih baju di sebuah butik.

hendak dijadikan cerita, si Cinta ini telah bertemu dengan Ruben. seorang kanak-kanak miskin yang hanya berkerja membantu neneknya disebuah kedai makan sebagai tukang cuci. Ruben membantu neneknya mencuci pinggan mangkuk dek kerana keadaan neneknya yang semakin uzur dan tua.

kemudian, Ruben dan neneknya membawa Cinta ke rumah mereka. rumah itu bukan seperti sebuah rumah tetapi seperti sebuah pondok usang yang kecil dan usang. mulanya, Cinta kurang selesa namun lama-kelamaan dia semakin tidak kisah akan kotoran-kotoran itu. kebetulan malam itu hujan turun dengan lebat sekali. seperti biasa rumah yang daif sperti itu mengalami kebocoran atap. maka malam itu Cinta tidur dalam kebasahan.

selama seminggu Cinta hilang, dia masih belum dijumpai. dia dengan rela hati membantu Ruben dan neneknya disebuah gerai makan berhampiran. begitulah kehidpan hariannya selama seminggu. kais pagi makan pagi. kais petang makan petang.

pada suatu malam selepas selesai nenek mengajar Ruben mengaji Al-Quran, Cinta bertanya dengan lembut. " nek, yang tadi tu nenek baca apa? Cinta tak fahamlah nek," kata Cinta

lembut nenek berkata" itu namanya mengaji Al-Quran. itulah bekalan kita di akhirat nanti. Allah sayang pada hambanya yang sentiasa mengamalkan suruhannya. kita hidup didunia ni, biar kaya dengan harta akhirat. kerana harta yang ada didunia ini tidak akan dapat dibawa kemana-mana. hanya harta akhirat yang akan dibawa," dahi Cinta semakin berkerut. " harta Akhirat tu apa nek?" tanyanya polos.. si nenek tersenyum..." harta akhirat itu, agama, sembahyang, amal soleh dan setiap perbuatan baik yang kita lakukan didunia ini cu. barulah kita dapat cium bau syurga" Cinta mengangguk. tanda faham.

keesokkan harinya, ibu Cinta terjumpa Cinta dikedai tempat nenek itu berkerja. hanya airmata dan pelukan sahaja yang menandakan kesyukuran dalam jiwa Ibunya. " Cinta, cinta buat mummy risau. mummy rindu Cinta. mari kita pulang. daddy dah tunggu kat rumah tu", lembut suara ibunya.


" Cinta tak nak balik, Cinta nak duduk dengan nenek. Cinta nak kumpul harta akhirat. Cinta nak cium bau syurga. Cinta tak nak balik", desah Cinta. ibunya terkesima dan terkedu mendengar penyataan anaknya. jauh disudut hatinya tersedar dia hanya mengumpul harta dunia selama hidupnya, namun harta akhiratnya tiada bernilai. kini barulah dia tersedar betapa fakirnya dirinya diatas muka bumi Allah ini.

nenek tua hanya tersenyum dan memandang wajah ibu Cinta yang penuh keinsafan.




maka harus di ingat kita hendaklah membekalkan diri dengan harta akhirat kerana harta itu nilainya tiada tolok bandingnya...


Rindu bila malam menjelma

malam itu sungguh tenang damai. sepi tanpa ada hinggar. bungkam namun masih ada yang bernyawa. seperti malam biasa, zati menghadap laptop kesayangannya. menaip. entah online ataupun menyiapkan asignment. Aku malas nak ambil tahu hal orang baik aku buat hal aku.

sesekali mata zati merenung tajam ke arah aku seperti inginkan kepastian. "mana? lambatlah dia ni." keluh zati. " sabarlah, ko nih pun macam tak biasa dengan time dia. malam sikit baru dia datang." aku cuba memujuk walaupun berbunyi agak marah.

sejujurnya mata aku mengantuk, badan aku bertambah lemah, aku sudah tidak larat menanti, begitu juga zati. kelihatan raut wajahnya semakin bosan menunggu dan ada garis-garis putus asa untuk menanti. seperti biasa kami berdua terpaksa menunggu insan yang banyak tolong kami. dia yang belikan kami makanan. yelah malas punya pasal nak turun cafe. jadinya kami tidak bisa mengeluh.

tuk! tuk! tuk! huh! segar mata aku....." itu pasti Rindu" detik hati ku.... kubuka pintu.... " hey! Rindu, ya ampun . ko tau tak aku dengan zati dah menunggu dari petang lagi tau tak... lama lah... lapar dah aku ni.." keluh ku.


"ko ni kan tak pernah datang siang hari tau... bila malam menjelma baru kau ada. hey Rindu, Rindu." sahut zati


Rindu dengan wajah yang tak bersalah hanya tersengih....memang dia sentiasa menjelma kat bilik kiteorang waktu malam je...heheh,,,tu yang kami namakan dia, Rindu bila malam menjelma.



(jangan pandang sesuatu itu hanya luaran sahaja. samalah dengan fitnah atau gossip, jangan baca tagline aje dah terus kecoh...padahal dalam ataupun isinya cerita pasal benda lain, samalah macam cerita ni. Rindu bila malam menjelma.)

mungkin

malam ni aku memerah otak habis-habisan sampai roomate aku punya otak pun aku perah sekali. yelah dah ketandusan idea hendak menulis. tetapi aku rasa seronok menulis ni. rasa tenang jiwa aku.

menulis pada monitor yang bisu ini, kadang=kadang membuatkan aku terpikir sediri, manusia semakin canggih. dulu menulis pada kertas. tapi sekarang terasa seperti jari-jari manis ini menari-nari bersama alunan key-pad. semuanya tertera seperti disusun secara automatik. tekan je apa aksara yang aku mahu keluar dengan tidak semena-menanya. huh! canggih-canggih

monitor ni sebenarnya banyak mengajar aku. dan jika monitor ini punya suara setiap hari aku akan mendengar kata-kata yang sama iaitu...BERUBAH!. dari hari pertama menjejak kaki ke UPM ni, tiada satupun perubahan positif dalam diri aku. aaku hairan kenapa aku tidak mampu untuk berubah? sedangkan sudah terlalu banyak cerita pada monitor bisu ini kuluahkan, kenapa tidak aku ungkap kembali cerita-cerita lama dalam monitor ini, mungkin dengan melihat kenangan lalu aku bisa berhijrah menjadi yang lebih baik.

mungkin....

bukan milikku

sewaktu dalam kuliah aku terdengar handphoneku berbunyi... menggelabah aku cari handphone aku...hurmm...hairan tak ada mesej baru atau panggilan yang tak dijawab.

sekali lagi, ku dengar alunan lagu itu berkumandang, dan untuk kali keduanya aku menggelabah mencari handphone ku. sekali lagi bukan. aku semakin dihimpit bimbang dan gerun. apakah ada makhluk halus disekitar dewan kuliah ini. berdiri tegak semua bulu roma ku. aku tidak bisa menahan rasa takut ini. namun aku berpura-pura tidak ambil kisah. aku letak kembali handphone ku dalam beg.

terdengar sekali lagi ringtone ku berbunyi...(oh no not again)..aku mencapai handphone ku perlahan-lahan...ku tekan key-paid...huh???????????!!!!! tiada mesej ataupun call. jantungku semakin kencang berdegup, hati aku mulai gundah cemas. apakah aku berhalusinasi? apa yang terjadi kepada aku? adakah aku punya kuasa supernatural yang bisa mendengar setiap bunyi( buat seketika aku berasa sangat istimewa andai itu benar).....namun aku cepat-cepat patahkan mimpi khayalku.



"Ok, kita berhenti sampai topik ini," bergema suara lantang Dr. Normaliza. semua pelajar bergegas keluar. tiba-tiba sekali lagi, alunan lagu itu bergema,....OMG!!!!!! aku semakin gerun. tap! bunyi berhenti.. kedengaran suara seorang pelajar perempuan" hello, a, ye saya, ala tadi dalam kelas ada lecturer macam mana nak angkat call. kenapa?" sambil berlalu pergi.

aku tesengih sendiri, oppss...rupa-rupanya bunyi yang sama tetapi bukan milik aku. terasa malu pula dengan diri sendiri. rupa-rupanya ringtone jerh sama... tapi brand handphone berbeza.



moral of the story: sebagai manusia kita jangan cepat sangat perasan, tak semestinya tanggapan kita tu betul....

setiakah dia?

aku punya teman yang banyak berkongsi dengan aku setiap masalahnya. boleh kata kalau tak ada aku dia buntulah. dunia jadi kelam. langit mendung tak berarak lagi. matahari terus lenyap tanpa ada sinar. bulan akan berhenti mengambang dan bintang akan terhenti kerlipannya. Hiperbola pula aku ni. baiklah kembali kepada fokus utama. yelah hendak dijadikan bahan gossip eh salah cerita( ada sindiran disitu ye) sahabat baik aku ni ada masalah hati. biasalah mudaa belia ni kan apa lagi masalah diaorang selain masalah cintan cintun ni?

ceritanya begini,,,,alkisah tersebutlah kisah dimana seorang puteri raja yang sudah berpunya bertemu dengan seorang putera raja yang hensem( ala2 Brad Pitt) juga sudah mempunyai buah hati.
kisahnya bermula apabila siputeri yang jelita ini bertemu dengan Putera yang hensem ini disebuah kolam berdekatan dengan rumah nek Timah. si puteri ini sedang bermuram durja. begitu sedih pilu hatinya mengenangkan kekasih hatinya yang tidak pernah hendak untuk memahami dirinya. kerana kesibukkan si puteri mentadbir negeri, siputera kekasih hatinya itu menyangka, Tuan Puteri itu tidak menyayanginya.
maka, Si Putera yang hensem ala-ala Brad Pitt tadi, dengan nada lembut membujuk.

" Wahai Tuan puteri Laksana Bulan mengambang, mengapakah tuan puteri bermuram durja? apa terlalu pahitkah hidup ini sehingga perlu diratapi?" manis lidah Tuan putera menyusun bicara

Tuan puteri hanya menangis teresak-esak.seraya bermadah,

" wahai Tuan Putera, beta sudah kehilangan cinta hati beta yang teramat beta cintai. beta tidak sanggup andai berpisah dengannya. bisa terpisah jasad dan nyawa Tuan Putera".


sebermula dari detik itu, hubungan mesra antara Tuan Putera Dan Tuan puteri semakin erat. daripada panggilan tuan berubah menjadi kakanda dan adinda. tanpa mereka sedar hubungan mereka itu terlarang! Zina namanya! mereka sering memadu kasih. kadang menghantar surat dengan burung merpati. mereka meraih kebahagiaan yang mereka inginkan. mereka sudah asyik dalam canda dan cinta. kasih sudah berubah sayang. sayang sudah membenih cinta. Tuan puteri semakin lupa pada kekasih lamanya sehingga sanggup untuk berpisah dek kerana cintanya pada sang Putera tadi. begitu juga dengan Tuan Putera itu, dirinya seakan-akan lupa pada seorang gadis yang begitu setia menanti dirinya. seorang wanita yang begitu dalam cintanya terhadap dirinya. namun si putera ini bukan memandang pada kesetiaan wanita itu( kesian) dirinya lebih terkawal oleh hawa nafsu. dirinya tidak mahu melepaskan kedua-duanya. namun yang benar-benar terluka adalah wanita yang setia ini. dahulunya sumaph janji setia yang dicanangkan oleh sang Putera sebelum memiliki hatinya. tetapi setelah dapat apa yang dihajati, sepah tidak lagi berguna. dibuang jauh kedasar laut antartika.


namun, tersedar jua akhirnya sang puteri, mungkin kerna naluri wanita yang memahami wanita lain. dirinya sedar, dirinya yang kedua bukan yang pertama. namun hatinya sudah terlalu jauh menyelam kedasar hati sang putera. kekasih lamanya pula sudah bisa memahami dirinya. si puteri tahu, mungkin kerna kesibukkan dengan urusan pentadbiran sang kekasih hatinya merasa diri disisihkan. namun siputeri sedar hatinya masih milik kekasih lamanya. namun dirinya juga tidak bisa menipu, hatinya masih ada secebis cinta buat siputera.

siputera pula, semakin hilang sayangnya terhadap gadis setia itu, semakin jauh hatinya meninggalkan gadis setia itu, hatinya benar-benar sudah dicuri oleh sang puteri...

apakan daya siputeri memilih kekasih lamanya meskipun hatinya terluka.

siputera pula seakan terus mengharap

dan si gadis yang nyata setia terus menanti putera impiannya tiba dengan kuda yang gagah dan berharap agar kebahagiaan menjadi miliknya



maka pililhlah untuk setia. kerana curang itu pastinya akan melukai terlalu banyak hati dan mengundang pedih. jadi sama-sama kita renungkan setiakah dia?



tu lah dia kisah kawan aku...cuba anda teka dia yang mana?
a) siputera raja
b) kekasih hati
c) siputeri raja
d) si gadis setia...

tetapi sahihnya dia bukan gadis setia itu.....


sip

dia orang baru

pertama kali melangkah kaki mejejak kotak asing ataupun dalam ayat saintifiknya, bilik asrama ini, aku bertemu dengan insan asing yang benar-benar asing. saling tidak pernah mengenali. dia baru aku pun baru. hanya senyuman yang menjadi siratan ukhuwah persahabatan. aku dengan sengaja cuba menyibukkan diri dengan mengemas barang keperluanku. bukan sombong tetapi masih cuba hendak menyesuaikan diri dengan keadaan baru. aku lihat dia dihujung sana juga malu-malu hendak memandang aku. selesai mengemas. barulah aku beranikan kudrat untuk melontarkan mutiara pembuka bicara.

AKU: kamu orang mana?

Dia: orang Sungai Besar Selangor. kamu?

Aku: ( dengan penuh bangga) saya orang Sarawak. orang kuching.

( reaksinya selamba tidak terkejut mahupun kagum. sedangkan cara aku bercakap seolah-olah cuba menggahkan negeri asalku. biasalah setiap orang ada perasaan bangga dengan negerinya sendiri. mungkin dia juga begitu cuma nada kami berbeza)

AKU: Ni, nama siapa ye? saya zalie.

Dia: Ridhwan. panggil Wan je. ( eleh blagak nak jadi nombor satulah tu. Wan(one)}

aku senyum.

Aku: satu kos kan. kesusasteraan Melayu.

Dia: aah. baguslah satu bilik kan. senang nak study nanti.

( arghhhhhhhh!!!!!!!!! jangan sebut pasal study. aku manusia yang paling malas study)


dan petang itu berlalu begitu saja. mungkin kerana kepenatan. kami hanya bisu dan masing-masing melayan jiwa yang entah apa isinya. aku tidak dapat menduga isi hatinya. tetapi hati kecilku berbisik-bisik" hurmm...ade ke orang nak berkawan dengan aku?"




dan sekarang aku di tahun akhir pengajian. dan dia juga bergelar sahabatku. dia orang baru. baru kukenal, baru kutemu, namun ikatan persahabatan kami masih kekal. sampai ke tahun akhir pengajian.

tuntasnya, setiap orang baru yang kita jumpa pastinya akan menjadi sahabat baik kita. namun harus diingat juga, setiap orang bau yang kita jumpa boleh juga menjadi lawan yang berbisa.

DURIAN OH DURIAN

Semalam ke rumah kakak, dia offer makan durian. banyaklah juga kalau untuk tiga orang makan rasanya dah lebih. hendak menolak segan. kunyahla sikit walaupun memang tak boleh makan durian. bisik-bisik kat hati aku" camne nak tolak ni? hmm..akak aku bukannya dia tahu aku tak makan durian. segan pula nak kata tidak dengan abang ipar aku. akak ampunkanlah adikmu ini jika termuntah nanti", aku senyum paksa.

akak:

sedap? ni banyak lagi.. makan. ko tu duduk asrama susah nak jumpa buah macam ni. sedap buah ni. kau tengok isinya kuning aje

(dalam hati: erk..tak sedap langsung. la bukan aku tak boleh keluar tumpang member pegi beli kat tepi jalan banyak jerh.. apa kaitan kuning tu? bukan aku tahu menahu pun. akak ampunilah segala dosa adikmu ini)

Aku menjawab dengan senyuman yang paling manis pernah aku cipta:

sedap sangat kak..tu lah kak duduk asrama ni bukan macam kat kampung boleh makan apa saja yang kita nak. aa yela, kuning kan macam durian kat kampung. orang kata isi kuning nih sedap( ye ye je aku)


Abang Ipar:

takpe dik, nanti lau tak cukup abang pergi beli lagi.


( oh Nooooooo! jangan bang! jangan! Ya Allah tolonglah aku.....)

Aku:

takpelah bang susah-susah aje. adik kenyang lagi. tapi kalau abang tak rasa membebankan tak pe je kalau nak beli( mampuslah aku. tunjuklah sopan lagi!)




akak aku tak tahu yang aku nih tak suka makan durian. yelah sejak meningkat dewasa ni aku jd loya bila cium bau durian. mengandung ke ape? ( eh aku lelakilah) akak aku ingat aku ni memang suka makan durian macam dulu-dulu time kecik-kecik.

akibatnya malam itu aku muntah sakan. keesokkan harinya. bangun pagi,

arghhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!
( oh NO Durian lagiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!)

Abang Ipar:

adik cepat-cepat turun makan durian ni. abang beli tadi tengok adik semalam macam selera gila makan.( aku bukan selera tapi nak jaga hati korang)


aku hanya mampu telan air liur. aku tersenyum dalam tersiksa.



jadi moral of the story, kalau nak jaga hati orang pun janganlah sampai menyusahkan diri sendiri. apa yang penting jaga hati sediri dulu ye<

OBSESI

keluar bersamanya bukan selalu. entah mengapa setiap kali bersua hati ini tidak pernah tenang. ada saja jadi pergaduhan. mungkin aku yang terlalu emosional. atau mungkin dia yang tak pernah mengerti apa mahuku! arghhhhh! geram. terasa ingin saja aku lumatkan tubuhnya. biar aku bunuh kekasihku. itu bisa aku lakukan cuma hendak membunuh sesuatu yang khayal mungkin sulit. tetapi apa aku berdosa jika aku membunuh dia yang hanya pinjaman buatku. arghhh!!!!!! mungkin aku berdosa tapi hati aku! jiwa Aku! nuraga aku! puas! kenapa aku puas???! sebab jika bisa aku cabut nyawanya pasti tiada yang akan memilikinya. biarkan! jika aku tak dapat aku takkan sangup melihat orang lain memilikinya! kerana dia hanya milik aku! dia hanya layak untuk aku! cintanya hanya untuk aku! aku yang harus memilikinya! dia perlu ada saat-saat ada rindu bertamu, dia perlu ada saat sepi beraja, dia perlu ada saat kasih berbunga! dan dia perlu sentiasa ada dalam pelukan mesraku. biarkan dia khayal dengan asyiknya alunan kasihku. kerna dia hanya milik ku. dia hanya untukku. tiada siapa yang akan memilikinya selain aku!


*" jangan terlalu obses dengan sesuatu ingat semua yang ada disini pinjaman semata:"

antara sahabat dan cinta

terkedu syah mendengar pengakuan daripada Farid yang katanya dia sudah berpunya." aku nak jumpa awek aku jap" entah kenapa syah begitu gelisah sedangkan itu yang diingininya selama ini, iaitu Farid kembali seperti dulu, bersemangat dan melupakan cinta lamanya. perempuan yang dicintainya dahulu bagi syah langsung tidak sesuai untuk dirinya. kerana apa? kerana perempuan itu sudah banyak kali membuat Farid menangis. dan yang melihat semua itu adalah Syah. pelik, meskipun Syah tidak pernah kenal perempuan itu tetapi terdetik rasa benci pada kekasih lama sahabat baiknya. dialah yang banyak menjadi tulang belakang Farid, dia yang banyak membantu Farid, beri sokongan untuk Farid terus hidup....sudah terlalu banyak pengorbanan yang dilaluinya demi Farid,..sehingga Farid menjadi seorang lelaki yang kuat dan tegar semula. tetapi entah mengapa, bila dia tahu Farid sudah berpunya wujud satu perasaan cemburu dalam dirinya. bukan cemburukan Farid..tapi cemburukan wanita yang berjaya mencuri hati sahabatnya. entah..dia sendiri kurang arif kenapa sikap dan perasaan itu tiba-tiba wujud. dia sudah terlalu menyayangi Farid dan tidak mampu kehilangan sahabat baiknya itu. mungkin Syah hanya bimbang kalau-kalau Farid tidak mampu untuk memilih antara sahabat dan cinta. jika Farid memilih cinta dia pasti hatinya akan terluka yang amat sangat kerana mungkin Farid akan diibaratkan sebagai, kacang lupakan kulit. Namun Syah cuba melawan prasangka, dia yakin antara sahabat dan cinta Farid akan memilih dirinya. namun dia tidak bisa menipu nuraninya sendiri. dia masih meragui persahabatan mereka.. lalu dia cuba membuat konklusi dan mengambil keputusan untuk terus menjauh dan mungkin tugasnya untuk menjaga Farid sudah tamat dan sudah ada pengganti baru yang lebih layak untuk menjaga Farid. dan antara sahabat dan cinta baginya dalam bersahabat itu adanya cinta dan dalam cinta itu wujudnya persahabatan....

||bersahabatlah atas dasar cinta, dan bercintalah atas dasar persahabatan||

pergi

masih segar lagi di minda fikirku saat kakiku melangkah keluar pintu rumahku. aku bisu dalam bungkam tanpa ada secebis bicara. hatiku begitu sayu dan tidak rela dengan perpisahan ini. meski berat namun ini tanggungjawab aku yang perlu aku laksanakan. demi ayah dan ibu tersayang. detik itu wajah ibu sayu, wajah ayah hambar, dan wajah-wajah insan tercinta ini acapkali membayangi aku. sendu. pilu. ketika ini, aku renung wajah kedua-dua adik kesayanganku, ada garis pilu menghiasi kerut dahi dan senyuman itu seakan dipaksarelakan. aku tahu mereka pasti berat hendak melepaskan aku pergi.ketika duduk didalam kereta, hanya bisu dan diam yang menjawab semua persoalan dalam minda kami. semuanya seakan-akan kelu. hati kecilku berbisik, apakah pemergian ini mencorak kepedihan yang terlampau. oh tak mungkin, sahut hatiku. setibanya di lapangan terbang,sempat aku memeluk ayah tercinta, dia membisikan ayat-ayat kasih di cuping telinga ku" belajar rajin-rajin, ayah sentiasa menyanyangi kamu", tanpa sedar air jernih itu mengalir tanpa ku pinta. ku peluk ibu tercinta, ku cium pipinya penuh makna, namun tersirat disebalik salam dan peluk cium ku aku kiaskan agar ibu mengampunkan segala dosaku. ku lihat wajah ibu sayu, namun dia cuba bersembunyi disebalik kesedihannya, dia tersenyum dan berkata" ibu nantikan kamu balik. jangan balik tangan kosong" aku faham dan mengerti bahasa ibu. beralih pandang mataku melihat adik bongsuku yang sedari tadi matanya, sudah dibanjiri air jernih. dia memeluk aku erat-erat. adik perempuanku yang begitu akrab dengan ku juga diam bisu, hanya airmatanya menjawab persoalan di kotak minda ku. aku berjalan menuju destinasiku. meski berat dan ditemani hujan airmata namun aku gagahi segalanya...demi ibu dan ayah tercinta. cita-citaku pasti akan tergenggam.


~~mereka penguat semangat aku untuk terus berdiri tegar dalam perjuangan cita-citaku~

ibu, ayah aku cinta kamu

selebihnya teka teki

31.ada sebuah kerajaan,raja dia boleh sebut 1 patah perkataan saje 1 hari.kalau sebut
lebih,kerajaan dia musnah.1 hari datang tukang kayu lalu berkata,tuanku,kayu
dihutan dah ditebang,nak buat apa dengan kayu tu,datag pula tukang masak lalu
bertanya,tuanku nak makan apa hari ni?kemudian datag pulak tukang padi lalu
berkata...,tuanku,padi dah masak,apa nak buat ni?apa yg raja tersebut akan
jwab?

32. buka topi, picit-picit sikit badan dah keluar taik...apakah ini?

33.peluk peluk kangkang, peluk peluk kangkang, sampai puncak pulas buah, cuba teka...

34. hujan je naik..panas pon nak juga, hujan je mengelabah naik, panas apalagi, siapa aku?

35. aku raja segala buah...

Sunday, August 1, 2010

episod akhir teka teki

21.bila ada sampah itu tugas aku, bila berhabuk sikit aku juga yang kena, bila ada debu-debu sikit aku juga yang penat bekerja, tapi bila masa bersih tak ada sapa nak bagi aku kerja.siapa aku?

22. aku yang melindungi kulitmu ketika kamu berjalan, tak kira berapa ribu kilometer kau berjalan aku tetap ada melindungi kulitmu, kerna tanpa aku mungkin kulitmu akan terluka, berat tau tak kamu ni.siapa aku?

23. ada ditengah-tengah hutan. apakah itu?

24. tekan tekan tekan, cari, dah tertera semua benda yang kamu cari. aku memang bijak semua benda ada dalam kepala otak aku. siapakah gerangan aku ini?

25. dalam banyak-banyak bus, bas ape yang tak pernah bergerak walau sekali seumur hidup pun? bak kata pepatah sampai bulan jatuh ke riba pun bas nih tak reti-reti nak bergerak. bas apakah ini?

26. aku bikin orang panas bila hari hujan, tapi bikin orang lagi panas bila waktu panas gile. aku ni ape ek?

27. sekarang aku jadi rebutan kaum wanita, terutamanya wanita muslim. ramailah yang minat gila kat aku, diaorang siap buat macam-macam stail dengan aku... ada yang buat aku jadi labuh, singkat, kontot, tak kurang juga ada yang jadikan aku corak yang unik. tapi tak kisah apa pun bentuk aku.. nama aku tak berubah pun. cuma aku rasa bangga dapat bantu kaum wanita.

28. pekerjaan yang wajib setiap hari. tetapi ada waktu tertentu je boleh melakukannya.

29. sejenis cecair yang bila dipanaskan menjadi beku. biasanya cecair yang dipanaskan makin cair dan terlarut. pelik. apakah aku?

30. jauh tak nampak, dekat pun kadang-kadang tak nampak, tapi dengan kuasa veto yang ada kat aku semua benda boleh nampak. siapa aku?